If you are willing to contribute photos or videos or having something in your mind to ask me, you are free to email me anytime at kacangkopiblog@gmail.com

Friday, April 6, 2012

Telan semen?

PS: This is a special post to my Malaysian audiences, you can translate this if you would like to read this in your own language.

Apakah... tajuk pun dah semacam hahaha

Balik kepada persoalan, ok ke kalau nak telan? Terdapat banyak sekali pertanyaan serta mitos-mitos berkaitan dengan perbuatan menelan semen ini. Ayuh kita belajar biologi!

Disclaimer: Semen yang dinyatakan di sini adalah merujuk kepada air mani anda bukan simen yang digunakan untuk menurap batu-batu di halaman rumah anda.


1. Mengandung?


Untuk pengetahuan anda, apabila semen ditelan, semen tersebut bersama sperma akan turun ke dalam perut anda di mana kedua-duanya akan dihadam bersama makanan lain. Tidak wujud sama sekali saluran yang menghubungkan perut anda ke ovari (untuk perempuan ye). Anda tidak mungkin sama sekali akan mengandung jika menelan semen. Jika lelaki tersebut tiada STD (Sexually Transmitted Disease; Penyakit Kelamin), maka anda terselamat. Jika anda merancang untuk mempunyai bayi bersama lelaki tersebut, peluang anda untuk mengalami keguguran adalah lebih rendah. Hal ini kerana dengan badan anda 'mengenali' antigen yang berada di dalam semen tersebut, anda boleh mengurangkan kemungkinan tindak balas imun yang tidak sesuai.


2. Menggemukkan?


Semen penuh dengan protein, mineral seperti kalsium dan zink serta beberapa gula fruktosa dan nutrien-nutrien lain. Semen juga mempunyai sedikit kalori, dan sangat selamat untuk ditelan jika tidak mempunyai sebarang kuman.


3. Semen sendiri?


Anda dengan selamat boleh menelan semen anda sendiri. Anda tidak boleh dijangkiti penyakit daripada diri anda sendiri dan hanya boleh dijangkiti daripada orang lain sahaja. (Walaubagaimanapun anda mungkin menyebarkan kuman anda sendiri ke tempat baru dan mungkin tempat yang lebih mudah terjejas di badan anda!)


4. Penyakit dari orang lain?


Anda boleh dijangkiti gonorea, sifilis, herpes, chlamydia dan ketuat kelamin daripada orang lain. Semua ini (kecuali herpes dan ketuat kelamin) boleh dirawat dengan antibiotik, namun amat menjengkelkan dan menyusahkan jika dijangkiti oleh penyakit ini.

HIV, virus yang boleh menyebabkan AIDS jika tidak dirawat, adalah satu perkara yang jauh lebih serius. AIDS boleh menyebabkan kematian. Tiada penawar lagi buat masa ini, namun terdapat ubat yang perlu diambil setiap hari selama bertahun-tahun untuk menghalang virus tersebut daripada membiak kepada yang lebih berbahaya. Virus HIV tersebut terkandung di dalam cecair badan, seperti semen, namun virus tersebut boleh masuk ke dalam saluran darah anda melalui gusi anda yang berdarah atau gigi yang rosak. Jika gigi anda  kuat dan anda mempunyai gusi yang kukuh, maka anda boleh menelan virus HIV tersebut tanpa sebarang masalah.

Semua penyakit ini (kecuali HIV) disebarkan melalui sentuhan dengan luka, serta dalam pra-ejakulasi (pre cum) dan semen, jadi anda boleh terdedah kepada penyakit ini lagi sebelum pasangan anda ejakulasi. Perkara yang paling selamat untuk dilakukan adalah menelan semen tersebut. Enzim dan asid di dalam perut anda dengan cepat akan memusnahkan sebarang virus dan bakteria. Atau anda juga boleh meludah keluar, dan menggunakan mouthwash untuk mengeluarkan saki baki tertinggal. Jangan terus berus gigi anda sebelum atau selepas seks oral. Memberus boleh menyebabkan pendarahan kecil pada gusi anda yang akan menyebabkan risiko kepada jangkitan virus HIV.


5. Kesimpulan

  •  Seks oral tanpa kondom boleh menyebarkan penyakit, jika pasangan anda dijangkiti 

  • Jika semen tersebut adalah daripada seorang lelaki sihat, semen tersebut tidak akan membahayakan diri anda. 95% daripada semen tersebut hanyalah air. Malah, jika lelaki itu benar-benar sihat, terdapat lebih kecil peratusan (atau mungkin tiada) kuman dalam air mani lelaki tersebut berbanding dalam air liurnya. Jadi dengan menelan semen, peluang anda untuk dijangkiti penyakit adalah lebih rendah berbanding ciuman lidah yang mendalam yang mana air liurnya akan berada dalam mulut anda. Jadi, beringatlah ketika anda tengah asyik bercumbu-cumbuan dengan teman lelaki anda!

  • Dengan beranggapan bahawa lelaki tersebut setia kepada anda dan tidak mengamalkan poligami serta diuji bebas daripada sebarang ST, tidak menjadi masalah jika anda ingin menelan seberapa banyak semennya XD 

  • Para wanita dan lelaki boleh mendapat manfaat daripada nutrisi dan kelazatan semen tersebut. (Apakah?)

  • Tiada sebarang bahaya. Anda hanya perlu menghadam beberapa jenis protein tambahan sahaja dalam perut anda. Anda tidak akan hamil dengan menelan semen apatah lagi meracuni atau membuat anda sakit. Jika anda ragu-ragu, bolehlah rujuk kepada rakan-rakan serta orang yang lebih berpengalaman dalam bidang ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • Menelan semen tidak akan memudaratkan anda selagi lelaki itu sihat. Namun adakah satu hubungan yang sihat jika anda melakukannya setiap hari?

  • Walaubagaimanapun, menelan semen bukannya satu perbuatan negatif kerana tabiat seksual adalah berbeza-beza dari seorang ke seorang. Kesukaan orang lain mungkin menjadi ketidasukaan kepada orang lain. Buatlah apa yang anda rasa gembira dan menyeronokkan! Bagi KK, KK ingin lakukan segalanya jika pasangan KK berasa gembira dengan perkara tersebut, walaupun bagi orang lain, mereka akan beranggapan ia sedikit 'kinky'. ; )

Dipetik dan diubahsuai dari: http://wiki.answers.com/Q/Is_it_safe_to_swallow_semen

PS: Penat tak mengaji biologi hari ini? Haha! Walaubagaimanapun, KK tak ambil risiko kalau berlaku sesuatu pada anda, ini semua sekadar bahan bacaan untuk korang semua. Isilah otak anda dengan bahan berilmu sikit kadang-kadang, jangan asyik penuh dengan fantasi seks sahaja wakaka!

Ada yang meleleh tak tengok benda ni?



No comments:

Post a Comment

Any comments?