If you are willing to contribute photos or videos or having something in your mind to ask me, you are free to email me anytime at kacangkopiblog@gmail.com

Wednesday, May 4, 2011

Hubungan cinta jarak jauh

PS: This is a special post to my Malaysian audiences, you can translate this if you would like to read this in your own language.

Helo helo!

KK tahu, mesti ada dalam kalangan pembaca blog ni yang sedang atau pernah atau berminat nak menjalinkan hubungan cinta jarak jauh kan? Kan? Kan? Macam mana KK tahu? Sebab KK pun tergolong gak dalam kategori tu hahahaha!

Tapi, macam mana nak mengekalkan hubungan jarak jauh ni?


1. Jumpa si dia walaupun sekejap.


Ha'ah. Kena la jumpa orang kat sana.. walaupun sesaat (eleh). Korang tahu tak kenapa? Di samping boleh menghangatkan kembali hubungan korang yang suram, korang leh la tenung muka si dia puas-puas!. Haa, kalau yang sudah over tu, sampai jerawat pun ditenung, betul tak?

Tapi bila dah jumpa tu.. mulalah nak kenyit-kenyit mata. Yang buat KK pelik, lepas kenyit tu, sedar-sedar dah atas katil... Peliknya? Apakah yang telah terjadi semalam?


2. Setia setia setia!


Aduhh.. yang ni memang susah. KK tahu sebab KK sendiri pernah alaminya. Kebanyakan orang yang menjalin hubungan sebegini selalu fikir, 'Orang kat sana ada laki lain ke? Macam mana ni... Tapi kalau aku buat, macamlah dia tahu sangat'. -.-

Kadang-kadang KK rasa pelik, masa kita tengah single ni, takde orang nak masuk line, puas kita duk jaja diri kat sana sini (teringat satu kisah kat mastika, 'harga diriku sebiji burger' hahaha). Tapi bila dah ada, fuhh.. mencurah-curah mesej baru kat PR. Halamak! Apa aku nak buat ni? Haa.. caranya, minta izin pasangan kita dulu. Tanya dia, leh tak baby (cehh) nak nakal-nakal dalam internet je sambil buat muka kiut-kiut gitu? Mesti bagi punya! Tak pun mesti bersyarat. Syarat ape? Adalah syarat-syarat tutt hahahaha. Tapi ingat! Setakat nak browse gambar dalam FB atau PR orang lain, mesti bf kita faham. Semua manusia ada sifat ingin tahu kan? Sebab KK pun macam tu gak :) Cuma bila diajak berjumpa, jangan sesekali dilayan. Kalau tak boleh tahan jugak, kasi block je! 


3. Beri kejutan pada si dia.


Bila dah lama kita kapel kan, hubungan tu macam dah suram je sebab masing-masing dah selesa dengan pasangan. Kalau dulu kan, bukan main lagi guna perfume sampai habis sebotol tu, jenama One Drop pun biar je lah, janji perfume! Tapi sekarang.. bila jumpa, dah macam tak terurus je. Walaupun dia cakap simple-simple dah lah, namun walaupun kita dah kapel kan, diri tu perlulah sentiasa nampak sempurna di mata si dia,

Kalau boleh kan, KK cadangkan pada korang semua, apa kata cuba dress up macam ni sambil buat posisi ghairah atas katil masa pasangan kita tu masuk dalam bilik? Sure diterkam masa tu jugak! Aumm!!



Walau apapun, anda harus berani bertindak dalam hubungan anda dan bukan hanya memendam rasa. If you thinks he's not the one, there's a lot more outside that will love you!

Semoga berjaya!

2 comments:

Lagenda Shukri said...

macam mana nak buat kejutan.. dia yg buat kejutan kat kita nie ha.. tunjuk BF lain.. mati la

Kaffeebohne said...

Kalau macam tu, apa kata kita balas kejutan dia, kita tunjuk jugak la bf kita, make sure lagi ensem punya! (KK cadangkan, upah sorang model underwear jadi bf buat sementara, mesti jeless!!!)

Post a Comment

Any comments?